Sabtu, 8 Mei 2010

Selamat Hari Ibu...

Assalamualaikum buat teman-temanku, sempena hari ibu ini marilah kita sama-sama berdoa untuk kesihatan dan kesejahteraan ibu kita yang selama ini mendidik, mengasuh dan membesarkan kita dengan penuh kasih dan sayang.. Ya Allah, limpahkanlah rahmatMu buat ibuku, kurniakanlah juga kesihatan dan kesejahteraan padanya. Ya Allah, panjangkanlah umur kedua orang tuaku, agar dia dapat melihat dan mengecapi kejayaanku, agar aku dapat membalas jasa-jasa mereka yang selama ini menjaga dan membesarkan ku. Ya Allah, berikanlah aku rahmat dan petunjukMu, agar aku dapat membahagiakan kedua Ibu Bapaku hingga akhir hayat ku.. Sesungguhnya engkau maha pemurah dan maha mengasihani, hanya padaMu kami sembah dan hanya padaMu kami mohon pertolongan.. Amin, yarabbalalamin..

Pengumuman Pertukaran Pembantu Pertanian Kawasan Bekelam.

Diumumkan bahawa pembantu pertanian kawasan bekelam telah bertukar. Jawatan tersebut yang dahulunya disandang oleh saya kini telah diambil alih oleh En. Mohamed Bin Mustafa berkuatkuasa pada 1hb Mei 2010. Kepada para petani kawasan Bekelam yang mempunyai sebarang masalah atau kemushkilan bolehlah berhubung dengan En. Mohamed Bin Mustafa di talian 09-7788267, atau datang sendiri ke Pejabat Pertanian Jajahan Bachok, Kelantan. Harap maklum...